Monday, May 18, 2015


PakOne atau Wan Ibrahim Wan Mansor adalah salah seorang peminat gambar macro. Menggunakan smartphone Lenovo A889 dan macrocliplens beliau mampu menghasilkan gambar yang sangat jelas. Kemampuan setanding DSLR dan kelebihan kami ialah sabar dan berhati-hati. Tak perlu bawa camera yang berat cukup sekadar cliplens sahaja...hasilnya anda sendiri dapat nilaikan.

Ladybird adalah serangga yang kecil dan sangat comel tapi amat sukar untuk didekati melalui lens macro. Ini semua tidak menjadi penghalang kepada Ganu Pixel untuk mengendali Asus Zenfone 5 bagi mendapatkan gambar yang menarik. Pasti kesabaran beliau berbaloi apabila hasilnya dinikmati.

Omar Mohd Noordin walaupun masih baru menceburi dunia macro menggunakan smartphone Asus Zenfone 5 tetap memberi cabaran kepada otai-otai macro yang sedia ada. Jelas kelihatan bulu-bulu pada serangga dan daun membuatkan gambar ini menarik untuk dinikmati. Syabas umaq1304 nama pena beliau dalam karya koleksi macro handphone.

Kemampuan dan kebolehan Ahmad Yaaser tidak perlu dipertikaikan. Beliau membuktikan hanya dengan menggunakan smartphone Samsung Galaxy Note 3 digabungkan dengan macro cliplens ianya mampu menghasilkan karya menakjubkan. Kesabaran perlu tinggi bagi menghasilkan yang terbaik. Pada yang hendak mencuba boleh bertanya pada beliau tips untuk gambar terbaik.

Sunday, May 17, 2015


Menggunakan Sony Xperia J bersama cliplens hasil karya Man Rosman mampu membuat pemilik dan peminat DSLR tergugat. Bagi yang belum pernah mencuba bergambar dengan serangga macro ini cubalah cabar kemampuan diri sendiri sejauh mana kesabaran dan ketelitian anda. Mereka sentiasa berada disekeliling kita dan burulah keindahan alam.

Seorang lagi pencabar dunia macro dengan mengguna smartphone Sony Xperia C3
(D2533) yang mementingkan ketelitian subjek dan kepuasan diri. Hasilnya membanggakan dan itulah yang membuatkan Khairul Pudzele  ( Pulie ) sangat berhati-hati bila beraksi dihadapan "makhluk halus" istimewa ciptaan Allah ini. Nampak dengan jelas pada subjek yang diambil membuatkan semua kagum. Teruskan minat anda dan sayangi alam ciptaan Ilahi kerana ianya milik sementara kita semua.

Sha Moment seorang peminat dan pemburu serangga macro yang sangat keatif dan teliti. Hasil gambarnya sangat jelas dan terang serta mampu mencabar peminat macro DSLR diluar sana. Hanya menggunakan Samsung Galaxy S ( GT-19070 ) bersama macro lens clip pastinya peminat serangga halus dan liar ini teruja. Lebih menariknya gambar subjek diambil secara hidup dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan ianya lari atau bergegar. Syabas kepada Sha Moment ahli FB Koleksi Macro Handphone.